Ada ratusan petua dalam penggunaan herba terbaik untuk payudara.   Pencarian kami dari tahun 2004 menemukan kami dengan puluhan herba yang digunakan oleh pelbagai bangsa tentang penjagaan payudara.  Sayangnya, tidak semua petua itu menjadi.  Bukan salah nenek moyang dalam memberi petua, tetapi seringkali di zaman ini bahan herba yang diberikan tidak memenuhi spek dan kualiti yang sebenar.  Cabaran terbesar ialah memastikan herba yang diterima dari tangan supplier benar-benar tinggi purity nya serta ‘original’.

Hari ini saya cuma ingin terangkan tentang herba yang hebat untuk payudara.  Peuraria Mirifica adalah antara herba hebat yang menjadi pilihan kami, kerana ia serba lengkap untuk wanita dan tidak memerlukan tambahan herba-herba lain untuk dikombinasikan.  Cuma sedikit penambahan bahan tertentu untuk menjadikan kesan lebih cepat terhadap payudara.

Tentang herba peuraria mirifica ini, terdapat banyak supplier yang boleh supply herba ini pada jumlah yang banyak.  Cuma malangnya ramai juga yang mengambil kesempatan dengan membekalkan herba ini pada kualiti yang rendah.  Kami telah melaluinya dan pada awal pencarian dan eksperimen terhadap sejumlah besar supplier menemukan kami kepada beberapa supplier yang jujur, Alhamdulillah:)

Peuraria Mirifica dikatakan berasal dari Thailand dan Burma.  Terdapat teks yang mengatakan ia telah digunakan semenjak ribuan tahun yang lalu.  Salah satu teks yang ditemui di dinding Buddhist temple sejak dari zaman penjajahan Monggol mengatakan bahawa peuraria mirifica dapat mencantikkan kulit, menguatkan memory hingga boleh menghafal buku-buku astrology (begitulah katanya), memanjangkan umur dan mengelakkan pelbagai penyakit.  Kata-kata dalam teks tesebut ada benarnya.  Di pusat rawatan kami, ramai customer yang kata kulit mereka semakin cantik apabila mengamalkan pueraria mirifica.  Ada juga yang bermasalah tumit dah lama, juga hilang dengan pengamalan herba ini.  Dan yang sudah pasti ia memang menambah tenaga bagi wanita.  Peuraria Mirifica ini sangat bagus untuk menstabilkan hormon wanita.  Bila becerita tentang hormon wanita, maka banyak penyakit-penyakit kewanitaan yang dapat diselesaikan dengan herba ini kerana sifatnya yang boleh boost dan menstabilkan hormon.

Inilah herba pilihan hati kami.  Kami ciptakan produk Anggun Munch yang menggunakan pueraria mirifica sebagai bahan utamanya.  Rawatan menjadi lebih berkesan dengan Anggun Munch yang mengambil kelebihan Pueraria Mirifica sebagai bahan aktifnya.  Maka, jika anda amalkan Anggun Munch, jangan ragu-ragu kerana kami telah lalui pelbagai kesusahan untuk mencari peuraria mirifica yang ORIGINAL dalam menghasilkan Anggun Munch 🙂

 

# Tidak dibenarkan mengambil info di atas tanpa keizinan pihak Areca Wellness & Academy.  Diharamkan tanpa keizinan.  Hakcipta terpelihara 2017.