Saya sering ditanya adakah boleh meneruskan program slimming ketika dalam prroses membesarkan payudara.

Ya boleh, tetapi sangat-sangat sukar ūüôā

Kebiasaanya 95% wanita akan mendapati payudara mengecil, adakalanya jadi sagging ketika menjalani program menurunkan berat badan.  Mengecil sedikit masih ok lagi, yang parah apabila ia menjadi sangat kendur.

Jadi, saya akan katakan begini.  Jika anda mahir tentang diet bagi mengurangkan berat badan secara beransur-ansur, anda boleh teruskan rawatan membesarkan payudara.

Jika anda busy dan berharap kepada pusat kecantikan dan makan pelbagai herba slimming, maka jangan libatkan diri anda dengan rawatan membesarkan payudara kerana ia tidak akan menjadi.

Saya juga mendalami bidang nutrisi dan mempunyai diploma professional dlm personal nutrisi & weight loss, berdasarkan pengalaman saya, payudara adalah bahagian yang paling cepat mengecil dan hilang mass berbanding dengan bahagian tubuh yang lain.  Maka di pusat rawatan saya, sangat tidak digalakkan untuk pelanggan kami yang sedang menjalani rawatan membesarkan payudara untuk mengambil apa-apa supplement slimmng.  Sekiranyan anda sedang dalam program slimming, maka selesaikan dulu program tersebut, kemudian baru buat rawatan membesarkan payudara.

 

# Tidak dibenarkan mengambil info di atas tanpa keizinan pihak Areca Wellness & Academy.  Diharamkan tanpa keizinan.  Hakcipta terpelihara 2017.